Tuesday, August 4, 2009

HARI INI RASA MACAM CEPAT JE

Tup tup dah agak lewat malam ni ye. Pak Caq arini bz semacam plak. Nampak gayenya kena tidur lambat skit le kalau nak menulis sambungan novel kita tu. Tp, insya Allah Pak Caq ingat boleh kut. Jap lg baru mulalah. Sekarang ni p makan dulu. Dah past 10.00 baru nak dinner ni. Tule skrg ni suke-suke je nak makan apa n pukul berapa. Ikut keadaan...

Actually citenya gini. Arini dah balik lambat gak td, dah nak magrib. So lepas mandi, solat n baca-baca apa yg patut, dah past nine dah.

Dah nak turun makan teringat pula nak cite skit pasal apa yg Pak Caq lihat arini td.

Waktu lunch kat Jalan Masjid India tu kan biasanya 'packed to the brim.' Tetapi kekadang dah lewat sana kita p juga makan kat situ. So arini td, Pak Caq n wife makan kat salah satu gerai kat ujung sana tu.

Yg nak Pak Caq cite ialah ada satu kumpulan lima orang anak muda order makan kat kedai sebelah sana tp mereka duduk di sebelah sini. So, you all pun tahu kan itu tak boleh kat sana. Entah macam mana boleh jd tak tahulah, tp itulah hakikatnya.

Bebudak tu pun terpaksalah pindah pergi duduk di meja kat sebelah gerai yg mereka buat order tu. Takde le apa commotion pun. Mereka duduk kira-kira kat sebelah meja Pak Caq.

Pak Caq perasaan, selepas mereka dah abis makan, mereka terus bangun dan cepat-cepat jalan keluar. Pekerja gerai mereka makan tu pun menjerit-jerit le panggil, tp mereka terus je jalan.

Agaknya mereka protes pasal kena pindah td le kut. Protes yg menguntungkan merekalah nampaknya. Tapi Pak Caq rasa tak bagus le macamtu. Tak bayar harga makanan dah semacam mencuri juga. Berdosa tu, n dosanya kita juga yg tanggung sendiri kan ...

1 comment: